Tuesday, 10 April 2012

Ohhh Kahwin!

Assalamualaikum.

Semalam aku online Facebook. Eh aku memang online hari hari sebenarnya. Haha. Aku bila online tu agak jarang la nak bukak IM. Malas nak melayan chatting dari orang tak kenal. Padahal semua yang hantar chat friends aku kat FB jugak. Haihh aku kena specifickan FB aku la. Untuk orang yang aku kenal je. Takdelah ganguan2 bunyi berlaku. Gangguan mental juga mungkin dapat dielakkan. Mungkin la kan.

Tapi biase aku on jugak, kejap je la. Just nak tengok siapa online. Bila dah tengok tu, aku off la balik. Tapi semalam belum sempat nak off, ada sorang abang senior aku IM aku. Aku kenal dia sebelum aku masuk UMT lagi. Dah grad dah pun. Tengah kerja sekarang ni. Borak punya borak, dia cakap dia nak cari kerja lain. Kat KL sebab bakal wife dia kerja kat sana. Aku punya laa excited bila nampak perkataan ‘BAKAL WIFE’.

Aku kan. Kalau sebut pasal benda benda macam tu excited macam aku yang nak kahwin. Kahkah. Umur dah meningkat ni, so fikir nak more serious la ye dak? Bile dah masok alam 20-an memang normally akan fikir kahwin. Lagi la sekarang ni ramai kawan2 aku amek diploma, ada yang dah praktikal, and ada yang nak habis dah pun. So peluang untuk aku merasa nasi minyak mereka tu agak tinggi la.

Kawan kawan aku yang dah nak habis belajar tu almostnya lelaki pulak. Ada kawan aku dari satu tempat keje aku yang dulu tu lagi la. Dah merancang awal awal nak kumpul duit dari sekarang. Nak kahwin la orang kata. Yela, calon dah ada. Parents pun dah merestui. Tinggal duit je la masalah utama.

Nak nikah tu senang. Cari wali, saksi, pengantin perempuan, pengantin lelaki, mas kahwin. Dah. Settle. Johor lagi la murah mas kahwin. RM22.50 je. Untung sape nikah dengan aku *perasan. Yang susahnya tu nak kahwin. Nak tempah catering la, baju nikah la, pelamin la, khemah la. Banyak duit la sehhh nak pakai. Adat Melayu kan. Kalau tak buat besar-besar kang kata lupa kawan. Tapi dalam Islam memang pun menggalakkan kita menghebahkan perkahwinan. Eh perkahwinan ke pernikahan? Cuba betulkan aku sikit.

Tu salah satu masalah la. Sekarang ni mana-mana aku pergi, semua orang dok sebok cakap pasal kahwin muda. Betul? Lagi-lagi yang student. Ustaz pun ada menyarankan mereka yang bercinta ni supaya kahwin awal2. Elak maksiat. Betul jugak tu. Eh bercinta boleh, couple tu haram. Tapi beb, gua cakap ngn lu, memang susah jugak kahwin muda ni.

Bayangkan laaa, bile masa pulak kau nak study, jaga rumahtangga lagi. Kalau yang long distance relationship tu aku boleh terima kot. Tak jumpa depan mata tapi ada ikatan. Takde la terlalu focus pada satu benda je kan. Eh susah jugak tu. Kau dah la kahwin muda, duduk jauh. Acane nak bagi bini makan? Perempuan tu dah tanggungjawab kau. Tak kira la kau masih belajar atau tak, kau kene tanggung dia jugak.

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan di sini, kahwin muda bagus untuk mengelakkan maksiat, dan keburukan dia adalah masalah kewangan yang akan dihadapi. Dengan ini saya mencadangkan, eh korang kalau nak kahwin tu fikir 736545232143578467028374 kali dulu. Stabilkan ekonomi dulu okay. Bak kata kawan aku, ikut gerak hati, jangan ikut nafsu. Kalau dah sampai seru kahwin je la. Yakin pada Allah. Plus masih belajar lagi ni, wat lek lek sudah. Ada jodoh tak kemana wehh.

Bukan kah jodoh kita sudah ditentukan sewaktu kita berusia 4 bulan? Renung2 kan dan selamat beramal :D

P/s : Kalau dah nak kawin tu jangan lupa pulak jemput aku. Hihi kbai.

1 comments:

haikal blank said...

buat blog baru, awal2 dah cerita kahwin. ehem. kahkah

inilah kau! inilah! bak mai telur penyu ya cuti pasni.

Post a Comment