Thursday, 26 April 2012

Cerita Tentang Hati

Assalamualaikum
Perlu diingatkan kepada pembaca entry ini, ini adalah kisah hati dan perasaan. Bersedialah korang nak muntah2 baca dari awal sampai akhir. Kahkah. Aku kan minah jiwang. Korang patut tahu ni. Hihi.

Masa kecik2 dulu, aku selalu ingat hati ni bentuk love, dan warna dia mesti merah. Korang mesti ingat benda yang sama kan? Betul tak betul tak? Budak2 kan, ape la yang aku tau sangat time tu. Masuk darjah 4 (tak silap la, aku pun ingat2 lupa ni), belajar subjek Sains. Time tu belajar dalam BI. Aku ingat lagi nama cikgu tu. Cikgu Noraini. Haha sama nama ngan aku. 

Ada la satu hari ni belajar pasal badan manusia. Beliau cakap dalam badan manusia ada hati, jantung and etc etc. Hati dalam BI kan bunyinya liver. Kan? Eh. Ha yela. Heart tu jantung. Eh ape aku merapu ni. Then cikgu aku pun ada cakap, tugas heart ni adalah untuk pam darah ke seluruh anggota badan. Yang liver pulak, err entah aku dah lupa. Aku bukan belajar Bio pun sekarang ni.
Masa tu la aku baru tahu rupa bentuk hati dan jantung. Tapi agak kelakar la kan. Sebab sampai sekarang aku masih sebut hati tu heart. Mindset. Dah dari kecik dok pikir benda yang sama. Nampak tak permainannya kat sini? Aku tahu hati ni adalah seketul daging yang sangat penting dalam badan manusia. Dalam Islam, kalau hati kita baik, maka baiklah seluruh anggota badan, dan sebaliknya. Ha ni dah masuk part serious. Ehem.

Tapi bila umur dah meningkat ni, ehem almaklumlah dah masuk umur 20 ni, soal hati dan perasaan ni jadi makin serious pulak. Aku takdelah banyak pengalaman sangat, dan sekarang ni aku masih bermain soal hati dan perasaan.
Well well well. Lelaki pelik, perempuan pun pelik. So mereka sama-sama pelik. So readers here, jangan la nak complain memanjang kalau kau tak paham kekasih hati korang. Cara pemikiran setiap orang tak sama. Hati pun lain-lain. Tapi kan aku rasa perempuan ni bile ade couple, dia akan pikir lelebih pasal bf dia. Eh ke aku je yang over? HAHA kelakar =.=


Macam aku cakap tadi, setiap orang berbeza. So kalau kekasih korang tak sweet macam kekasih kawan2 korang, jangan nak menyesal boleh tak? Ala kalau semua orang sweet talker, mana nak datang cinta sejati tu? Ye dak? I LOVE YOU tu just a phrase. Bila dah buktikan baru la gentle. Ni setakat cakap je, kucing aku pun boleh.
Tengah bahagia boleh la amek gambar mcm Zac Efron ngan Vanessa Hudgens ni. Cuba kalau dah break up? Menangis sampai mata jadi panda. Pastu sambil nyanyi lagu Adele 'Someone Like You'. Wehhh buatpe kau nak cari orang macam dia? Dah sah-sah dia sakitkan hati kau, buat kau macam2. Nak cari orang yang boleh sakitkan hati kau lagi? HAHA funnehhhh.

Perasaan ni kan kawan-kawan, tak boleh dijangka. Ada turun naiknya. Serious aku cakap. Mungkin hari ni kau chenta mati kat kekasih korang, sape tahu esok lusa kau akan benci dia gila-gila? Bak kata pepatah, jangan benci sangat, nanti jadi cinta. Jangan cinta sangat, nanti jadi benci. Ha nampak tak tu? Huii aku pun kalau boleh taknak benda ni jadi kat aku weh.
Ayat kat atas ni selalu terjadi bila seseorang tu kecewa dengan pasangan dia. Rasa macam useless gila kan bila tak dilayan? Macam ni je la, aku cadangkan, kalau sekali dua dia tak layan kau, maafkan je. Buat macam takde pape. Buat macam kau tak pernah berharap dia kat sebelah kau. Buat macam kau tak rindu dia. Senang. Takde la sakit sangat. Haha.

Ada sorang kawan aku cakap, lelaki matang akan spend time dengan awek dia mengikut masa-masa tertentu. Takdelah text sepanjang hari, berkepit dengan handphone 24 jam. Eh amende je yang korang borakkan dalam text? Tak cukup text, gayut pulak lelama. Adoi parah. Kau kahwin je la terus.
Bercinta biar ikut masa. Tu baru bercinta. Lama-lama nanti bosan. Percayalah. Dah la jumpa, call, text setiap hari. Kau akan bosan. Betul beb. Lain lah kalau awek kau jauh. Tapi tak elok jugak. Memang la tak jumpa. Kawan aku pun ada cakap, biar jauh-jauh, barulah ada rindu sikit. Ecehh yela kot. Entah. No komen.

Tapi relationship jarak jauh ni kene ada setia dan jujur. Tu paling penting. Kalau kau boleh atasi dua benda ni, settle. Kau nak keluar ngan sape kekasih kau boleh paham. Dia nak keluar ngan sape, kau tak boleh halang. Tapi dia bagitahu kau jugak kan dia keluar dengan sape ape sume. Mungkin ada jeles la sebab kau sendiri tak dapat spend time dengan dia, just through phone and Skype je. It's okay. Kahwin nanti ngadapla muka dia sampai muntah-muntah.
Aku rasa cukup sampaii sini. perlu diingatkan sekali lagi, sesiapa yang bercinta tu haruslah adil terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Nah, ni quote untuk yang masih confuse dengan perasaan sendiri. Hahaha enjoy~
P/s: Cintailah seseorang tu kerana Allah :)

0 comments:

Post a Comment