Thursday 26 April 2012

Cerita Tentang Hati

Assalamualaikum
Perlu diingatkan kepada pembaca entry ini, ini adalah kisah hati dan perasaan. Bersedialah korang nak muntah2 baca dari awal sampai akhir. Kahkah. Aku kan minah jiwang. Korang patut tahu ni. Hihi.

Masa kecik2 dulu, aku selalu ingat hati ni bentuk love, dan warna dia mesti merah. Korang mesti ingat benda yang sama kan? Betul tak betul tak? Budak2 kan, ape la yang aku tau sangat time tu. Masuk darjah 4 (tak silap la, aku pun ingat2 lupa ni), belajar subjek Sains. Time tu belajar dalam BI. Aku ingat lagi nama cikgu tu. Cikgu Noraini. Haha sama nama ngan aku. 

Ada la satu hari ni belajar pasal badan manusia. Beliau cakap dalam badan manusia ada hati, jantung and etc etc. Hati dalam BI kan bunyinya liver. Kan? Eh. Ha yela. Heart tu jantung. Eh ape aku merapu ni. Then cikgu aku pun ada cakap, tugas heart ni adalah untuk pam darah ke seluruh anggota badan. Yang liver pulak, err entah aku dah lupa. Aku bukan belajar Bio pun sekarang ni.
Masa tu la aku baru tahu rupa bentuk hati dan jantung. Tapi agak kelakar la kan. Sebab sampai sekarang aku masih sebut hati tu heart. Mindset. Dah dari kecik dok pikir benda yang sama. Nampak tak permainannya kat sini? Aku tahu hati ni adalah seketul daging yang sangat penting dalam badan manusia. Dalam Islam, kalau hati kita baik, maka baiklah seluruh anggota badan, dan sebaliknya. Ha ni dah masuk part serious. Ehem.

Tapi bila umur dah meningkat ni, ehem almaklumlah dah masuk umur 20 ni, soal hati dan perasaan ni jadi makin serious pulak. Aku takdelah banyak pengalaman sangat, dan sekarang ni aku masih bermain soal hati dan perasaan.
Well well well. Lelaki pelik, perempuan pun pelik. So mereka sama-sama pelik. So readers here, jangan la nak complain memanjang kalau kau tak paham kekasih hati korang. Cara pemikiran setiap orang tak sama. Hati pun lain-lain. Tapi kan aku rasa perempuan ni bile ade couple, dia akan pikir lelebih pasal bf dia. Eh ke aku je yang over? HAHA kelakar =.=


Macam aku cakap tadi, setiap orang berbeza. So kalau kekasih korang tak sweet macam kekasih kawan2 korang, jangan nak menyesal boleh tak? Ala kalau semua orang sweet talker, mana nak datang cinta sejati tu? Ye dak? I LOVE YOU tu just a phrase. Bila dah buktikan baru la gentle. Ni setakat cakap je, kucing aku pun boleh.
Tengah bahagia boleh la amek gambar mcm Zac Efron ngan Vanessa Hudgens ni. Cuba kalau dah break up? Menangis sampai mata jadi panda. Pastu sambil nyanyi lagu Adele 'Someone Like You'. Wehhh buatpe kau nak cari orang macam dia? Dah sah-sah dia sakitkan hati kau, buat kau macam2. Nak cari orang yang boleh sakitkan hati kau lagi? HAHA funnehhhh.

Perasaan ni kan kawan-kawan, tak boleh dijangka. Ada turun naiknya. Serious aku cakap. Mungkin hari ni kau chenta mati kat kekasih korang, sape tahu esok lusa kau akan benci dia gila-gila? Bak kata pepatah, jangan benci sangat, nanti jadi cinta. Jangan cinta sangat, nanti jadi benci. Ha nampak tak tu? Huii aku pun kalau boleh taknak benda ni jadi kat aku weh.
Ayat kat atas ni selalu terjadi bila seseorang tu kecewa dengan pasangan dia. Rasa macam useless gila kan bila tak dilayan? Macam ni je la, aku cadangkan, kalau sekali dua dia tak layan kau, maafkan je. Buat macam takde pape. Buat macam kau tak pernah berharap dia kat sebelah kau. Buat macam kau tak rindu dia. Senang. Takde la sakit sangat. Haha.

Ada sorang kawan aku cakap, lelaki matang akan spend time dengan awek dia mengikut masa-masa tertentu. Takdelah text sepanjang hari, berkepit dengan handphone 24 jam. Eh amende je yang korang borakkan dalam text? Tak cukup text, gayut pulak lelama. Adoi parah. Kau kahwin je la terus.
Bercinta biar ikut masa. Tu baru bercinta. Lama-lama nanti bosan. Percayalah. Dah la jumpa, call, text setiap hari. Kau akan bosan. Betul beb. Lain lah kalau awek kau jauh. Tapi tak elok jugak. Memang la tak jumpa. Kawan aku pun ada cakap, biar jauh-jauh, barulah ada rindu sikit. Ecehh yela kot. Entah. No komen.

Tapi relationship jarak jauh ni kene ada setia dan jujur. Tu paling penting. Kalau kau boleh atasi dua benda ni, settle. Kau nak keluar ngan sape kekasih kau boleh paham. Dia nak keluar ngan sape, kau tak boleh halang. Tapi dia bagitahu kau jugak kan dia keluar dengan sape ape sume. Mungkin ada jeles la sebab kau sendiri tak dapat spend time dengan dia, just through phone and Skype je. It's okay. Kahwin nanti ngadapla muka dia sampai muntah-muntah.
Aku rasa cukup sampaii sini. perlu diingatkan sekali lagi, sesiapa yang bercinta tu haruslah adil terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Nah, ni quote untuk yang masih confuse dengan perasaan sendiri. Hahaha enjoy~
P/s: Cintailah seseorang tu kerana Allah :)

Sunday 22 April 2012

1992 to 2012 - Dua Dekad

Assalamualaikum


Alhamdulillah, aku sudah pun mencapai umur 20 tahun pada 20 April 2012 yang lalu. First thought, aku dah jangka mesti bosan gilaaaa haritu. Mana taknya, ade test Kenegeraan petang tu. Nak taknak, dari start malam sebelum birthday aku kene study la. 4 bab macam 40 bab. Ape pun tak boleh laaaa~

Tapi start jam 12 dah busy dah handphone aku. Dengan text, waiting call. Kawan-kawan aku dari sekolah rendah sampai la kat university wish kat aku. Paling aku terharu kawan aku Aina Mardiana Musa bagi aku kad handmade. Fuhh terharu baca ucapan dia. Thanks hunnee. Hihi panggilan yang aku panggil dia masa sekolah menengah. Tapi skrg masih geligeli nak panggil. Haha.


Bangun pagi budak2 bilik aku dah dok bising2, memang saje tak bagi aku tido. Last2 aku bangun jugak la, sebab ade 3 bab masih tak cover. Gua nak jawab ape bhai kalau tak baca? Huhu. Memang membaca buat aku bosan. Duduk2 kat katil, sekali terperasan ade benda warna warni kat dinding luar bilik. Apekah?

Sweet gilaaaaaa roommate2 aku ni sehhhh. Dorang buat dari subuh, tp pukul 11 baru perasan wish tu. Lampi gila nak mampus aku ni. Aku memula tacing jugak sebab malam semalam tu dorang langsung tak wish. Best la dorang ni. Teringat roommate2 aku kat matrik dulu prank aku dengan air sabun lantai. Haha. Syukur dapat roommate2 macam mereka :)




Dan malam itu mereka mengajak aku makan kat satu cafe yang paling sedap kat sini. Takdela sedap sangat punn. Huhu. Tapi aku suka suasana kat situ. Dengan pokok, kayu bagai. Romantik la kot. Nanti kalau pakwe aku datang sini nak bawak dia pergi situ la. Hihi berangan. Aku ingat macam makan biase2 je la, macam yang selalu kitorang makan. Tak lama lepas tu, tiba2 roommate2 aku yang kononnya tak boleh join sebab ade discussion(dorang menipu) datang bawak kek birthday. Ahhh touching la sehhhh! Kek blueberry lagi tuu. Favourite oh!

Nasib tahun ni aku tak kene prank. Haha, aku seram la kalau kene lagi Tahun lepas masa kat matrik tu lagi la 3 hari berturut2 kena. Dengan tepung, telur, air sabun. Pastu dipaksa berarak satu kolej. Ehh memang terbaik. Haha tp tu la first time aku kene prank. Nice moments with them.



Guys, thanks for those wishes and i really appreciate ape yang korang buat untuk aku. And my wish, hope persahabatan kita kekal selamanya. I LOVE YOUUUUUUUU~~~~~

Dedicated to:
Kak Ekin, Emi, Ieka, Aina, Kak Ros, Aina, Hanna, Ecahtul, Iera, Ecah, Khali, Nurul, Huda, Ijoe, Adli, Hymas, Kamil, dan semua. 

AKU SAYANG KORANG SANGAT-SANGAT!


Wednesday 18 April 2012

Wordless Wednesday #1

Tuesday 17 April 2012

Kawan, Karma.

Assalamualaikum.

Apa khabar adik manis abang kacak sekalian? Sudah makan? Ada minum? Haa bagus lah kalau korang ni sihat2 belaka. Cuaca sekarang ni tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Kalau tak jaga kesihatan tu haa memang alamat nak dapat penyakit. So aku dengan baik hatinya ingin menyarankan kepada kalian2 sekalian. Makanlah ubat sebelum terkena. Ecewahhhh.

Topik kita di hari yang mulia ini, eh apesal la aku kene ckp formal niiiii =.=’ Okay okay, back to basic. Kawan dan karma. Apa kaitan? Kaitan apa? Adakah sama dengan buku dan pen? Atau gol dan gincu? Ah mengarut je laa. Okay let’s begin :)


Aku percaya, setiap manusia dalam dunia ni mesti ade kawan. Tak banyak pun satu la. Ape orang kata, buddy or BFF. Mak aku cakap, kawan ni tak perlu ramai ramai. Kalau ramai, dah bukan kawan dah. Tu dipanggil geng. Eh yeke? Mak aku kan. Orang tua ni lebih arif dari yang arif. Kahkah. Tapi geng?? Eh.


Mak aku pun ade pesan, kalau nak berkawan tu biar lah kena dengan gayanya. Kalau elok perangai, tingkah laku semua, maka secara tak langsung kite pun terikut. Kawan mencerminkan siapa diri kita. Betul jugak la weh. Tp pendapat aku, tu semua depends pada diri kita sendiri. Ala masing-masing dah baligh ni, lu pikir sendiri la mana baik mana buruk ye dak? Nak berkawan dengan sapa, hak individu, takde rule pun.


Ada jugak kes kawan makan kawan. Lagi tragis kalau ade yang sampai bergaduh, pastu buat cerita belakang2. Amboi, yang ni aku angin. Lu dah kawan lama dengan dia, pastu sikit punya hal, lu nak bertarik rambut bermasam muka even satu bilik? Ape celop? Tak matang ah luuu. Pada aku, kawan yang baik akan tegur kesilapan atau bagitahu keburukan kawan kita tu depan dia sendiri, supaya dia boleh betulkan kesilapan dia. Kan beb? Ni tak. Mengumpat sana sini, bergaduh kat status Facebook. Adoi macam budak2.


Hei ‘geng’, kau kena ingat, dunia ni berputar. Tak selamanya kau akan berada di atas. Kadang-kadang kau kena tengok bawah, so that kalau jatuh nanti, kau dah plan awal2 supaya tak la rasa sakit sangat. Kau buat kawan kau macam tu, kau pulaukan dia, kau tak pedulikan dia, kau jaja cerita pasal dia, kau ingat takde orang yang buat cerita pasal kau ke? Kalau kau dah tak suka dia dari awal, kau dah boleh terus terang dah sebenarnya.



Life is full of karma. Jangan ingat takde orang akan buat kau macam tu ye. Matang la sikit. Dah masok 20-an ni. Kalau kawen dah dapat anak dah. Tapi perangai Masha-Allah. Macam budak umur 12. Haha opps! Sorry. Aku memang jujur sikit orangnyaa n_n


Dalam hidup ni anak-anak, nak tak nak kau kena jugak buat baik dengan kawan kau. Kalau kau susah, sape nak tolong kau bila dah belajar jauh2 macam ni? Mak bapak memang tak la, nun jauh di sinun. Kawan adalah orang terapat dengan kau. Tak susah pun kalau nak berterus terang bila dah tak suka. Bukan kena bayar pun. Tak luak ah duit kau.


And yes, memang tak mati pun pun kalau takde kawan. Tapi nanti kau mati kene mintak tolong kawan kau kebumikan kau jugak. Kahkah. Okay gurau. Haha. Tapi kali ni serious ah beb. Memang susah nak cari kawan menangis sekarang. Kawan time gumbira tu haa melambak2 kat luar tu. Pantang duit PT baru masuk dah mintak belanja. Kawan ape namanya tu?
Well, sebenarnya hidup ni pelik. Cara kita merealisasikannya je yang berbeza. Berkawan ada had, ada batas. Know where your stand. Kita tak boleh berkawan rapat dengan semua orang, kita takkan mampu utk jadi mcm tu. Dengan ini saya mengisytiharkan berkawan biar seribu, bermusuh biarlah satu je. Kahkahkah okay ni tipu. Kau kalau nak kawan yang baik, kau kene jadi kawan yang baik untuk orang lain. Ada paham? Sekian sahaja. Kbai.

Tuesday 10 April 2012

Ohhh Kahwin!

Assalamualaikum.

Semalam aku online Facebook. Eh aku memang online hari hari sebenarnya. Haha. Aku bila online tu agak jarang la nak bukak IM. Malas nak melayan chatting dari orang tak kenal. Padahal semua yang hantar chat friends aku kat FB jugak. Haihh aku kena specifickan FB aku la. Untuk orang yang aku kenal je. Takdelah ganguan2 bunyi berlaku. Gangguan mental juga mungkin dapat dielakkan. Mungkin la kan.

Tapi biase aku on jugak, kejap je la. Just nak tengok siapa online. Bila dah tengok tu, aku off la balik. Tapi semalam belum sempat nak off, ada sorang abang senior aku IM aku. Aku kenal dia sebelum aku masuk UMT lagi. Dah grad dah pun. Tengah kerja sekarang ni. Borak punya borak, dia cakap dia nak cari kerja lain. Kat KL sebab bakal wife dia kerja kat sana. Aku punya laa excited bila nampak perkataan ‘BAKAL WIFE’.

Aku kan. Kalau sebut pasal benda benda macam tu excited macam aku yang nak kahwin. Kahkah. Umur dah meningkat ni, so fikir nak more serious la ye dak? Bile dah masok alam 20-an memang normally akan fikir kahwin. Lagi la sekarang ni ramai kawan2 aku amek diploma, ada yang dah praktikal, and ada yang nak habis dah pun. So peluang untuk aku merasa nasi minyak mereka tu agak tinggi la.

Kawan kawan aku yang dah nak habis belajar tu almostnya lelaki pulak. Ada kawan aku dari satu tempat keje aku yang dulu tu lagi la. Dah merancang awal awal nak kumpul duit dari sekarang. Nak kahwin la orang kata. Yela, calon dah ada. Parents pun dah merestui. Tinggal duit je la masalah utama.

Nak nikah tu senang. Cari wali, saksi, pengantin perempuan, pengantin lelaki, mas kahwin. Dah. Settle. Johor lagi la murah mas kahwin. RM22.50 je. Untung sape nikah dengan aku *perasan. Yang susahnya tu nak kahwin. Nak tempah catering la, baju nikah la, pelamin la, khemah la. Banyak duit la sehhh nak pakai. Adat Melayu kan. Kalau tak buat besar-besar kang kata lupa kawan. Tapi dalam Islam memang pun menggalakkan kita menghebahkan perkahwinan. Eh perkahwinan ke pernikahan? Cuba betulkan aku sikit.

Tu salah satu masalah la. Sekarang ni mana-mana aku pergi, semua orang dok sebok cakap pasal kahwin muda. Betul? Lagi-lagi yang student. Ustaz pun ada menyarankan mereka yang bercinta ni supaya kahwin awal2. Elak maksiat. Betul jugak tu. Eh bercinta boleh, couple tu haram. Tapi beb, gua cakap ngn lu, memang susah jugak kahwin muda ni.

Bayangkan laaa, bile masa pulak kau nak study, jaga rumahtangga lagi. Kalau yang long distance relationship tu aku boleh terima kot. Tak jumpa depan mata tapi ada ikatan. Takde la terlalu focus pada satu benda je kan. Eh susah jugak tu. Kau dah la kahwin muda, duduk jauh. Acane nak bagi bini makan? Perempuan tu dah tanggungjawab kau. Tak kira la kau masih belajar atau tak, kau kene tanggung dia jugak.

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan di sini, kahwin muda bagus untuk mengelakkan maksiat, dan keburukan dia adalah masalah kewangan yang akan dihadapi. Dengan ini saya mencadangkan, eh korang kalau nak kahwin tu fikir 736545232143578467028374 kali dulu. Stabilkan ekonomi dulu okay. Bak kata kawan aku, ikut gerak hati, jangan ikut nafsu. Kalau dah sampai seru kahwin je la. Yakin pada Allah. Plus masih belajar lagi ni, wat lek lek sudah. Ada jodoh tak kemana wehh.

Bukan kah jodoh kita sudah ditentukan sewaktu kita berusia 4 bulan? Renung2 kan dan selamat beramal :D

P/s : Kalau dah nak kawin tu jangan lupa pulak jemput aku. Hihi kbai.

Monday 9 April 2012

A New Blog. The New Me.


Assalamualaikum.


Sila baca dengan lafaz Bismillah.

Nama saya Aien Ishak. Ni blog baru saya. Okay okay, stop talking like that. Hai semua! Excited tak baca first entry i? I tawu u oll rindu i. Admit it la babyyyyy. Haha. First of all, korang mesti dah tahu ni blog aku yang baru, URL pun lain. Tak payah nak gatal tangan tekan URL lama aku. Aku dah delete dah blog tuu.

Korang mesti tertanya2 kenapa aku delete blog lama an? Eh taknak tanya? Peduli? Aku nak bgtau jugak. Haha. Well aku delete sbb aku takde idea nak update. Nak ikutkan sekarang pun takde idea nak tulis ape. Sobsob. Tapi niat untuk menulis dan memberi informasi tu macam membuak2 rasanya. Tak tahan lagi~~


Blog ni ditulis atas permintaan rakan2 terdekat. Katanya, nak tahu cara seorang wanita bercakap dari segi penulisan. Nak kata aku hebat menulis tu tak jugak. Tapi masa skola menengah dulu, cikgu suka bg aku markah 90+ dalam Karangan. Kahkah agak poyo di situ. Ala kalau setakat tulis surat formal apedehal. Tu pasal dapat BM A+. Ehemm. Sakit tekak rasanya. *makan gula2 Hacks.

And for sure, blog ni adalah dr point of view of myself, and based on my experience. Sama je macam dulu. Tapi aku akan pastikan entry2 aku kat blog ni lebih berkualiti. Tak ramai follower pun takpe. Janji traffic okay. *bajet.

Okay la. Cukup sampai sini. Later I post about something fresh and new. Daaa~




P/s: Blog ni blur2 sikit. Sorry kalau bosan. Leave me some comments then here. Thank You.