Tuesday, 17 April 2012

Kawan, Karma.

Assalamualaikum.

Apa khabar adik manis abang kacak sekalian? Sudah makan? Ada minum? Haa bagus lah kalau korang ni sihat2 belaka. Cuaca sekarang ni tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Kalau tak jaga kesihatan tu haa memang alamat nak dapat penyakit. So aku dengan baik hatinya ingin menyarankan kepada kalian2 sekalian. Makanlah ubat sebelum terkena. Ecewahhhh.

Topik kita di hari yang mulia ini, eh apesal la aku kene ckp formal niiiii =.=’ Okay okay, back to basic. Kawan dan karma. Apa kaitan? Kaitan apa? Adakah sama dengan buku dan pen? Atau gol dan gincu? Ah mengarut je laa. Okay let’s begin :)


Aku percaya, setiap manusia dalam dunia ni mesti ade kawan. Tak banyak pun satu la. Ape orang kata, buddy or BFF. Mak aku cakap, kawan ni tak perlu ramai ramai. Kalau ramai, dah bukan kawan dah. Tu dipanggil geng. Eh yeke? Mak aku kan. Orang tua ni lebih arif dari yang arif. Kahkah. Tapi geng?? Eh.


Mak aku pun ade pesan, kalau nak berkawan tu biar lah kena dengan gayanya. Kalau elok perangai, tingkah laku semua, maka secara tak langsung kite pun terikut. Kawan mencerminkan siapa diri kita. Betul jugak la weh. Tp pendapat aku, tu semua depends pada diri kita sendiri. Ala masing-masing dah baligh ni, lu pikir sendiri la mana baik mana buruk ye dak? Nak berkawan dengan sapa, hak individu, takde rule pun.


Ada jugak kes kawan makan kawan. Lagi tragis kalau ade yang sampai bergaduh, pastu buat cerita belakang2. Amboi, yang ni aku angin. Lu dah kawan lama dengan dia, pastu sikit punya hal, lu nak bertarik rambut bermasam muka even satu bilik? Ape celop? Tak matang ah luuu. Pada aku, kawan yang baik akan tegur kesilapan atau bagitahu keburukan kawan kita tu depan dia sendiri, supaya dia boleh betulkan kesilapan dia. Kan beb? Ni tak. Mengumpat sana sini, bergaduh kat status Facebook. Adoi macam budak2.


Hei ‘geng’, kau kena ingat, dunia ni berputar. Tak selamanya kau akan berada di atas. Kadang-kadang kau kena tengok bawah, so that kalau jatuh nanti, kau dah plan awal2 supaya tak la rasa sakit sangat. Kau buat kawan kau macam tu, kau pulaukan dia, kau tak pedulikan dia, kau jaja cerita pasal dia, kau ingat takde orang yang buat cerita pasal kau ke? Kalau kau dah tak suka dia dari awal, kau dah boleh terus terang dah sebenarnya.



Life is full of karma. Jangan ingat takde orang akan buat kau macam tu ye. Matang la sikit. Dah masok 20-an ni. Kalau kawen dah dapat anak dah. Tapi perangai Masha-Allah. Macam budak umur 12. Haha opps! Sorry. Aku memang jujur sikit orangnyaa n_n


Dalam hidup ni anak-anak, nak tak nak kau kena jugak buat baik dengan kawan kau. Kalau kau susah, sape nak tolong kau bila dah belajar jauh2 macam ni? Mak bapak memang tak la, nun jauh di sinun. Kawan adalah orang terapat dengan kau. Tak susah pun kalau nak berterus terang bila dah tak suka. Bukan kena bayar pun. Tak luak ah duit kau.


And yes, memang tak mati pun pun kalau takde kawan. Tapi nanti kau mati kene mintak tolong kawan kau kebumikan kau jugak. Kahkah. Okay gurau. Haha. Tapi kali ni serious ah beb. Memang susah nak cari kawan menangis sekarang. Kawan time gumbira tu haa melambak2 kat luar tu. Pantang duit PT baru masuk dah mintak belanja. Kawan ape namanya tu?
Well, sebenarnya hidup ni pelik. Cara kita merealisasikannya je yang berbeza. Berkawan ada had, ada batas. Know where your stand. Kita tak boleh berkawan rapat dengan semua orang, kita takkan mampu utk jadi mcm tu. Dengan ini saya mengisytiharkan berkawan biar seribu, bermusuh biarlah satu je. Kahkahkah okay ni tipu. Kau kalau nak kawan yang baik, kau kene jadi kawan yang baik untuk orang lain. Ada paham? Sekian sahaja. Kbai.

0 comments:

Post a Comment