Thursday, 18 July 2013

Bunga Matahari (Bahagian Satu)



Pagi tu macam biasa. Macam hari-hari biasa. Redup, tenang. Aku bangun pun macam biasa, dengan makian, dengan menyumpah sebab alarm tak bunyi. Bukan tak bunyi. Aku matikan awal-awal. Pepagi dah memekak lagu Mas Idayu. Bukan aku takde niat nak tukar bunyi alarm. Lupa. Maklumlah banyak benda lain aku nak buat selain tukar bunyi alarm. Tapi aku bangun setiap hari dengan makian bukan sebab alarm semata-mata, tapi sebab dah terlewat nak pergi kerja. Tak guna punya henpon. Memang setiap pagi aku dapat dosa percuma sebab kau.

Nasib baik aku dah gosok awal-awal baju kurung aku malam tadi. Mahu terlepas juga meeting penting pagi ni dengan Pengetua. Saje je tau dorang ni set meeting awal-awal. Dah tahu aku memang setiap hari masuk lambat, lagi nak buat meeting pepagi. Ni semua sebab Cikgu Siti yang mata juling sebelah tu lah. Mulut mengalahkan meriam, asyik nak bebel aku masuk kerja lambat. Panas betul hati aku.

“Cikgu, cikgu ni contoh kepada anak murid. Kalau setiap hari lambat macam ni, macam mana anak murid nak datang awal juga? Blablabla…..”

Lepas tu aku tak dengar apa-apa sebab earphone aku dah sumbat awal-awal kat telinga, in case kalau dia bising potpet aku dah ready. Kahkah. Kejam betul aku. Paling tak boleh blah bila tengok muka dia macam cipanzi bila dia fedap dengan aku. Ada aku kisah pulak?

Ngam-ngam je aku sampai sekolah pagi tu, Pengetua siap masuk bilik mesyuarat saing aku. Aku tersengih je, bangga sesaing Pengetua. Haha mampus kalau aku masuk lambat daripada dia. Jenuh bernanah telinga. Dia punya bebel lagi dasyat daripada Cikgu Siti. Habis dia bukak salah-silah keturunan aku. Terkulat-kulat juga rasanya nanti.

Lepas meeting, aku pergi meja aku. Belum sampai lagi, dari jauh aku dah nampak dah sejambak bunga matahari. Besar punya. Aku mengeluh. Sikit punya kuat sampai Cikgu Karim kat sebelah pandang aku macam aku tak mandi pagi.

“Biasalah cikgu, apa lagi……” kata aku. Cikgu Karim ketawa kecil.

Tak guna orang tua ni gelakkan aku. Kang aku cerita macam mana dia mengorat Cikgu Fatimah yang dah tunang tu, baru terdiam kau karang. Perangai duda anak empat memang macam ni agaknya.

Sampai kat meja aku mengeluh. Duduk lagi kuat aku mengeluh. Apa aku nak buat dengan bunga ni? Minggu lepas aku bagi pakcik cleaner. Dia punya suka macam menang loteri. Habis dijaja cerita kata aku usha dia. Ah sudah. Tu sorang lagi tak sedar diri. Yang bini dia berbulu je setiap kali nampak aku. Oh aku salah eh bagi pakcik kerepot tu? K.

Habis nak bagi siapa ni? Eee menyampah betullah dengan mamat ni. Tak habis-habis bunga ni jugak dia bagi. Kalau kecik-kecik comel-comel mampu juga aku nak jaga. Ni ha hamek. Besar gedabak. Dah lah besar, satu je pulak tu bunganya. Asyik nak bagi orang je, tak larat dah aku. Satu sekolah tahu setiap hari Khamis aku akan dapat bunga ni. Motifnyaaaa bagi hari Khamis je. Blergh.

“Simpan je lah bunga tu cikgu. Kecik hati saya. Pagi bunganya kat atas meja cikgu, tengah hari dah ada kat tong sampah. Cuba bawak balik sekali. Tak salah pun”

Tu diaaaaaa jejaka idaman Malaya dah bersuara. Panasnya telinga aku masa tu Tuhan je yang tahu.

“Bukan tak sudi, Cikgu Adam. Tapi saya tak minat bunga-bunga ni. Too feminine. Tak berkenanlah saya, dah banyak kali kan saya cakap kat cikgu, jangan bagi saya bunga lagi. Membazir je.”

“Saya ikhlas bagi”

“Saya ikhlas menolak”


Apa dia ingat menolak pemberian tak boleh ikhlas ke? Ini Salina lah. Baju kurung pun nak taknak je aku pakai, lagi nak bagi bunga. Aku ni rockers tahu.

Thursday, 11 July 2013

Aksara

Aksara itu,
Bila dikerling, dibaca, ditatap dan diperhati.
Seribu satu perkara bermain,
Melintasi benak,
Fikiran jadi sesak.

Aksara itu,
Kadang bila dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi,
Hanya satu soalan, satu tanda tanya,
Jawapan dicari, namun hampa,
Tiada.

Aksara itu,
Kadang bila didepan mata, dibisik di telinga,
Hati jadi lemah, hati jadi marah.
Hati jadi sayu, hati berlagu rindu.
Kaku.

Aksara itu,
Bila disusun, diatur, dieja, dibaca,
Selalu saja ada satu rasa,
Menjalar ke seluruh jiwa.

Takkan berubah. Takkan hilang.
Satu nama, satu manusia, satu nyawa.

Fezrie.

Friday, 1 February 2013

Kalau Dah Takdir


Assalamualaikum.
2nd entry for this year. Lulz. Pemalas betul aku sekarang ni nak menulis. Dulu masa lepas matrik kemain rajin taip entry. Sehari sampai dua aku post. Tu batak namanya. Baru buat blog lah orang kata. Ni sebenarnya nak sedapkan hati sendiri. Kire sekarang dah tak batak, dah biasa, haha. K tak. Gua memang pemalas. Lagi-lagi sejak aktif nak mampus dekat Twitter, harapan nak bukak blog.

Gua sebenarnya sedang mengalami keadaan bosan yang melampau di rumah akibat cuti semester. Ni la student, bila dah cuti tak tahu nak buat apa. Bila dah start class sibuk nak cuti. Nampak tak tu tak bersyukur? So gua decide moh la kite berblogging balik. Bodoh juga aku nak tulis apa ni. Haih.

I’m not so good in writing. Pasgah ajelah ye.

Kalau, andai, jika. Benda ni semua share maksud yang sama. Maksudnya kite mengharapkan sesuatu yang lain terjadi, sedangkan hakikatnya ada benda lain yang sudah pun terjadi. Tak pun benda tu belum terjadi, tapi dah ada impian untuk jadikannya reality. Amboi ayat aku, skema. Ehem. Korang ni paham? Paham ke tak? Okay bagus. Nak lagi paham, tengok contoh macam ni;

“Kan best KALAU kite makan KFC tadi. Tak payah lah tercongok tunggu kedai mamak ni. Dah la kotor. Bla bla la bla….”

Tak pun,

“KALAU aku dapat kahwin dengan anak orang kaya ni, mesti hidup aku senang. Boleh pergi shopping, makan semua laki aku tanggung. Lalalalalala…”

Lebih kurang lah.

Perkataan ‘kalau’ ni kadang-kadang boleh buat kite frust, boleh buat kite happy. Depends on situation. Tak percaya? Baca balik ayat kat atas. Mana satu happy, mana satu sedih? Biasanya benda yang dah lepas ni kadang-kadang kite TERmenyesal. Yang belum jadi tu lah sebenarnya pendorong impian, ha gitu. Bayangkan kalau, ha nampak tu gua guna perkataan ‘kalau’? Kalau gua tak update entry ni, mesti gua mati kebosanan. Yang ni gua rasa yang happy. Application is accepted! *winkwink*


I hate this ‘kalau’ word actually (in sad way). Bayangkan perkataan ‘kalau’ ni jadi permainan dalam percintaan. Contoh:

“Sayang, KALAU kite tak terlanggar haritu, mesti kite tak kenal kan. Thank you sayang” *blergh*

Atau,

“Menyesal aku kenal dengan kau. KALAU aku tahu kau akan curang dengan aku, sumpah aku takkan cari perempuan tak kenang budi macam kau ni”

Ha nampak tak tu? Ada compliment. And I have to admit, this word has actually hurts me a lot. Siapa kata yang setiap perkataan yang wujud di dunia ni tak mampu nak sakitkan hati orang? Perkataan ‘kalau’ pun dah buat aku sakit hati kot. Word is actually sharper than a sword. Remember this.

Lol. I have to admit, I am just a loser in any relationship with any guy. Hahaha.
Banyak juga perkataan ‘kalau’ ni bagi kebahagiaan kat aku. Dalam soal hidup lah. Kalau bercinta, memang harapan. Haha. Cuma aku frust tentang satu hal jelah. Kalau aku dapat course undang-undang kan bagus, takdelah aku dok perah otak belajar pasal Alam Sekitar. No I just hate the course I’m taking right now. Dah nak masuk sem 4 ni gua masih belum dapat terima. Nak taknak kene redha. Pasghah itu menyeghah. Mungkin lepas ni kalau aku dah sepenuh jiwa baru aku happy kot dengan kos ni. Kot lah.

*gua takde idea ni sebenarnya nak cakap apa. mihmihmih*

Dalam hidup ni almostnya kita selalu bergantung kepada perkataan ‘kalau’. Kite sebenarnya tak sedar ni semua dah takdir. Sama ada dah lepas atau belum terjadi, takdir. Tak siapa boleh lawan kehendak takdir. Betul? So jangan rasa kecewa sangat untuk perkara yang dah lepas, and untuk perkara yang belum terjadi, why don’t we make it real? Jangan fikir susah, fikir happy lepas tu. Hee.
Any question you can ask by using ask.fm. Tapi jangan ah tanya bukan-bukan. Ada ke haritu kawan gua Wani, dia pergi tanya “Bila nak karaoke?” Halamak soalannn. Tak mencabar langsung. Tanya aku single ke tak lah, available ke tak. Blergh. Soalan tah apa-apa. Nak interaction, boleh tanya guna Twitter. Gua open babe. Tu ha wall FB ngn Twitter tak private langsung. Nak private buatpe? Aku takde benda nak dirahsiakan. Ha gitu.

Semoga bertemu lagi. Semoga bahagia. Ehem.

Tuesday, 1 January 2013

2012. A Year to Remember.


Assalamualaikum.



Selamat tahun baru, selamat berazam baru. Azam tahun lepas agak-agak dah tercapai ke belum? Aku? Tak payah tanya lah kan. Pernah pulak aku ada azam tahun baru. Kahkah. Azam untuk masa depan mungkin ada. Eh memang ada. Banyak sangat. Korang pun jangan nak ada azam tahun baru je, mesti ada azam masa depan juga okay?

Sebut pasal tahun baru, cemana korang sambut New Year 2013? Pergi makan besar? Tengok bunga api? Dengan kawan? Family? Kekasih hati? Untung lah dapat sambut. Masa aku tulis entry ni, aku di malam 31 Disember, di atas katil, berbaring setelah satu hari menghadap Kimia Alam Sekitar korang tahu? Blergh. Gua sambut New Year dengan exam final Sem 3 tahu tak. Sobssss. Sedih betei.



Tapi takpe. Ni semua adalah untuk azam masa depan aku. Nampak tak nampak tak perancangan masa hadapan aku tu? Ehem *sedapkan hati*. Tak kira lah apa cara korang sambut New Year, jangan sampai ada yang jatuh sakit ke, eksiden ke. Minta jauh, minta simpang. Jaga kesihatan kawan-kawan! Bagi yang ambil final exam macam aku ni, pun jaga diri baik-baik ye!

Macam biasa, setiap tahun mesti bagi kenangan pahit tak pun manis. Betul? Bagi aku sendiri, setiap kenangan manis dan kenangan pahit tu dah jadi macam makanan harian dah. Takkan lah setiap hari nak ketawa tanpa henti je, bilanya nak rasa menangis teresak-esak kan. Tak kira lah apa juga kenangan, aku pasti semua bagi sesuatu yang bermakna pada korang.


Ni adalah kenangan paling manis aku pada tahun 2012. I was celebrating my 20th birthday, here, at UMT with all of my roommates and The Creeks. Thanks guys for making this meaningful to me. Unforgettable birthday! Tapi tu yang ke 20. Pergh 4 bulan 20 hari lagi aku genap 21 siod. Dah tua, tapi perangai macam 12. Acano?

Tipu kalau aku cakap aku tak experienced kenangan pahit. Yes, I do. The worst thing, I lost my favourite person in my life. Tapi oleh sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya, apa kata kita ikut je lah flow? :)

The Creeks

SC <3

PLKN 

Qeyla, Zal, Faiz, Aina, Razi, Wani, Meera

KMS :D

These boys and girls made my 2012 so colourful. I love you. Thanks for staying in my life. You guys are awesome yaw~

Ni adalah first entry aku untuk 2013. Mohon lepas ni aku rajin nak menulis bg engkorang baca. Happy new year once again! Xoxo


Visit my Twitter account @AienNea :D