Tuesday, 1 January 2013

2012. A Year to Remember.


Assalamualaikum.



Selamat tahun baru, selamat berazam baru. Azam tahun lepas agak-agak dah tercapai ke belum? Aku? Tak payah tanya lah kan. Pernah pulak aku ada azam tahun baru. Kahkah. Azam untuk masa depan mungkin ada. Eh memang ada. Banyak sangat. Korang pun jangan nak ada azam tahun baru je, mesti ada azam masa depan juga okay?

Sebut pasal tahun baru, cemana korang sambut New Year 2013? Pergi makan besar? Tengok bunga api? Dengan kawan? Family? Kekasih hati? Untung lah dapat sambut. Masa aku tulis entry ni, aku di malam 31 Disember, di atas katil, berbaring setelah satu hari menghadap Kimia Alam Sekitar korang tahu? Blergh. Gua sambut New Year dengan exam final Sem 3 tahu tak. Sobssss. Sedih betei.



Tapi takpe. Ni semua adalah untuk azam masa depan aku. Nampak tak nampak tak perancangan masa hadapan aku tu? Ehem *sedapkan hati*. Tak kira lah apa cara korang sambut New Year, jangan sampai ada yang jatuh sakit ke, eksiden ke. Minta jauh, minta simpang. Jaga kesihatan kawan-kawan! Bagi yang ambil final exam macam aku ni, pun jaga diri baik-baik ye!

Macam biasa, setiap tahun mesti bagi kenangan pahit tak pun manis. Betul? Bagi aku sendiri, setiap kenangan manis dan kenangan pahit tu dah jadi macam makanan harian dah. Takkan lah setiap hari nak ketawa tanpa henti je, bilanya nak rasa menangis teresak-esak kan. Tak kira lah apa juga kenangan, aku pasti semua bagi sesuatu yang bermakna pada korang.


Ni adalah kenangan paling manis aku pada tahun 2012. I was celebrating my 20th birthday, here, at UMT with all of my roommates and The Creeks. Thanks guys for making this meaningful to me. Unforgettable birthday! Tapi tu yang ke 20. Pergh 4 bulan 20 hari lagi aku genap 21 siod. Dah tua, tapi perangai macam 12. Acano?

Tipu kalau aku cakap aku tak experienced kenangan pahit. Yes, I do. The worst thing, I lost my favourite person in my life. Tapi oleh sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya, apa kata kita ikut je lah flow? :)

The Creeks

SC <3

PLKN 

Qeyla, Zal, Faiz, Aina, Razi, Wani, Meera

KMS :D

These boys and girls made my 2012 so colourful. I love you. Thanks for staying in my life. You guys are awesome yaw~

Ni adalah first entry aku untuk 2013. Mohon lepas ni aku rajin nak menulis bg engkorang baca. Happy new year once again! Xoxo


Visit my Twitter account @AienNea :D

0 comments:

Post a Comment