Friday, 1 February 2013

Kalau Dah Takdir


Assalamualaikum.
2nd entry for this year. Lulz. Pemalas betul aku sekarang ni nak menulis. Dulu masa lepas matrik kemain rajin taip entry. Sehari sampai dua aku post. Tu batak namanya. Baru buat blog lah orang kata. Ni sebenarnya nak sedapkan hati sendiri. Kire sekarang dah tak batak, dah biasa, haha. K tak. Gua memang pemalas. Lagi-lagi sejak aktif nak mampus dekat Twitter, harapan nak bukak blog.

Gua sebenarnya sedang mengalami keadaan bosan yang melampau di rumah akibat cuti semester. Ni la student, bila dah cuti tak tahu nak buat apa. Bila dah start class sibuk nak cuti. Nampak tak tu tak bersyukur? So gua decide moh la kite berblogging balik. Bodoh juga aku nak tulis apa ni. Haih.

I’m not so good in writing. Pasgah ajelah ye.

Kalau, andai, jika. Benda ni semua share maksud yang sama. Maksudnya kite mengharapkan sesuatu yang lain terjadi, sedangkan hakikatnya ada benda lain yang sudah pun terjadi. Tak pun benda tu belum terjadi, tapi dah ada impian untuk jadikannya reality. Amboi ayat aku, skema. Ehem. Korang ni paham? Paham ke tak? Okay bagus. Nak lagi paham, tengok contoh macam ni;

“Kan best KALAU kite makan KFC tadi. Tak payah lah tercongok tunggu kedai mamak ni. Dah la kotor. Bla bla la bla….”

Tak pun,

“KALAU aku dapat kahwin dengan anak orang kaya ni, mesti hidup aku senang. Boleh pergi shopping, makan semua laki aku tanggung. Lalalalalala…”

Lebih kurang lah.

Perkataan ‘kalau’ ni kadang-kadang boleh buat kite frust, boleh buat kite happy. Depends on situation. Tak percaya? Baca balik ayat kat atas. Mana satu happy, mana satu sedih? Biasanya benda yang dah lepas ni kadang-kadang kite TERmenyesal. Yang belum jadi tu lah sebenarnya pendorong impian, ha gitu. Bayangkan kalau, ha nampak tu gua guna perkataan ‘kalau’? Kalau gua tak update entry ni, mesti gua mati kebosanan. Yang ni gua rasa yang happy. Application is accepted! *winkwink*


I hate this ‘kalau’ word actually (in sad way). Bayangkan perkataan ‘kalau’ ni jadi permainan dalam percintaan. Contoh:

“Sayang, KALAU kite tak terlanggar haritu, mesti kite tak kenal kan. Thank you sayang” *blergh*

Atau,

“Menyesal aku kenal dengan kau. KALAU aku tahu kau akan curang dengan aku, sumpah aku takkan cari perempuan tak kenang budi macam kau ni”

Ha nampak tak tu? Ada compliment. And I have to admit, this word has actually hurts me a lot. Siapa kata yang setiap perkataan yang wujud di dunia ni tak mampu nak sakitkan hati orang? Perkataan ‘kalau’ pun dah buat aku sakit hati kot. Word is actually sharper than a sword. Remember this.

Lol. I have to admit, I am just a loser in any relationship with any guy. Hahaha.
Banyak juga perkataan ‘kalau’ ni bagi kebahagiaan kat aku. Dalam soal hidup lah. Kalau bercinta, memang harapan. Haha. Cuma aku frust tentang satu hal jelah. Kalau aku dapat course undang-undang kan bagus, takdelah aku dok perah otak belajar pasal Alam Sekitar. No I just hate the course I’m taking right now. Dah nak masuk sem 4 ni gua masih belum dapat terima. Nak taknak kene redha. Pasghah itu menyeghah. Mungkin lepas ni kalau aku dah sepenuh jiwa baru aku happy kot dengan kos ni. Kot lah.

*gua takde idea ni sebenarnya nak cakap apa. mihmihmih*

Dalam hidup ni almostnya kita selalu bergantung kepada perkataan ‘kalau’. Kite sebenarnya tak sedar ni semua dah takdir. Sama ada dah lepas atau belum terjadi, takdir. Tak siapa boleh lawan kehendak takdir. Betul? So jangan rasa kecewa sangat untuk perkara yang dah lepas, and untuk perkara yang belum terjadi, why don’t we make it real? Jangan fikir susah, fikir happy lepas tu. Hee.
Any question you can ask by using ask.fm. Tapi jangan ah tanya bukan-bukan. Ada ke haritu kawan gua Wani, dia pergi tanya “Bila nak karaoke?” Halamak soalannn. Tak mencabar langsung. Tanya aku single ke tak lah, available ke tak. Blergh. Soalan tah apa-apa. Nak interaction, boleh tanya guna Twitter. Gua open babe. Tu ha wall FB ngn Twitter tak private langsung. Nak private buatpe? Aku takde benda nak dirahsiakan. Ha gitu.

Semoga bertemu lagi. Semoga bahagia. Ehem.

0 comments:

Post a Comment