Pagi tu macam biasa. Macam
hari-hari biasa. Redup, tenang. Aku bangun pun macam biasa, dengan makian,
dengan menyumpah sebab alarm tak bunyi. Bukan tak bunyi. Aku matikan awal-awal.
Pepagi dah memekak lagu Mas Idayu. Bukan aku takde niat nak tukar bunyi alarm. Lupa.
Maklumlah banyak benda lain aku nak buat selain tukar bunyi alarm. Tapi aku
bangun setiap hari dengan makian bukan sebab alarm semata-mata, tapi sebab dah
terlewat nak pergi kerja. Tak guna punya henpon. Memang setiap pagi aku dapat
dosa percuma sebab kau.
Nasib baik aku dah gosok
awal-awal baju kurung aku malam tadi. Mahu terlepas juga meeting penting pagi
ni dengan Pengetua. Saje je tau dorang ni set meeting awal-awal. Dah tahu aku
memang setiap hari masuk lambat, lagi nak buat meeting pepagi. Ni semua sebab
Cikgu Siti yang mata juling sebelah tu lah. Mulut mengalahkan meriam, asyik nak
bebel aku masuk kerja lambat. Panas betul hati aku.
“Cikgu, cikgu ni contoh kepada anak murid. Kalau setiap hari lambat
macam ni, macam mana anak murid nak datang awal juga? Blablabla…..”
Lepas tu aku tak dengar apa-apa
sebab earphone aku dah sumbat awal-awal kat telinga, in case kalau dia bising
potpet aku dah ready. Kahkah. Kejam betul aku. Paling tak boleh blah bila
tengok muka dia macam cipanzi bila dia fedap dengan aku. Ada aku kisah pulak?
Ngam-ngam je aku sampai sekolah
pagi tu, Pengetua siap masuk bilik mesyuarat saing aku. Aku tersengih je,
bangga sesaing Pengetua. Haha mampus kalau aku masuk lambat daripada dia. Jenuh
bernanah telinga. Dia punya bebel lagi dasyat daripada Cikgu Siti. Habis dia
bukak salah-silah keturunan aku. Terkulat-kulat juga rasanya nanti.
Lepas meeting, aku pergi meja aku.
Belum sampai lagi, dari jauh aku dah nampak dah sejambak bunga matahari. Besar punya.
Aku mengeluh. Sikit punya kuat sampai Cikgu Karim kat sebelah pandang aku macam
aku tak mandi pagi.
“Biasalah cikgu, apa lagi……” kata aku. Cikgu Karim ketawa kecil.
Tak guna orang tua ni gelakkan
aku. Kang aku cerita macam mana dia mengorat Cikgu Fatimah yang dah tunang tu,
baru terdiam kau karang. Perangai duda anak empat memang macam ni agaknya.
Sampai kat meja aku mengeluh. Duduk
lagi kuat aku mengeluh. Apa aku nak buat dengan bunga ni? Minggu lepas aku bagi
pakcik cleaner. Dia punya suka macam menang loteri. Habis dijaja cerita kata
aku usha dia. Ah sudah. Tu sorang lagi tak sedar diri. Yang bini dia berbulu je
setiap kali nampak aku. Oh aku salah eh bagi pakcik kerepot tu? K.
Habis nak bagi siapa ni? Eee menyampah
betullah dengan mamat ni. Tak habis-habis bunga ni jugak dia bagi. Kalau kecik-kecik
comel-comel mampu juga aku nak jaga. Ni ha hamek. Besar gedabak. Dah lah besar,
satu je pulak tu bunganya. Asyik nak bagi orang je, tak larat dah aku. Satu sekolah
tahu setiap hari Khamis aku akan dapat bunga ni. Motifnyaaaa bagi hari Khamis
je. Blergh.
“Simpan je lah bunga tu cikgu. Kecik hati saya. Pagi bunganya kat atas meja
cikgu, tengah hari dah ada kat tong sampah. Cuba bawak balik sekali. Tak salah
pun”
Tu diaaaaaa jejaka idaman Malaya
dah bersuara. Panasnya telinga aku masa tu Tuhan je yang tahu.
“Bukan tak sudi, Cikgu Adam. Tapi saya tak minat bunga-bunga ni. Too
feminine. Tak berkenanlah saya, dah banyak kali kan saya cakap kat cikgu, jangan
bagi saya bunga lagi. Membazir je.”
“Saya ikhlas bagi”
“Saya ikhlas menolak”
Apa dia ingat menolak pemberian
tak boleh ikhlas ke? Ini Salina lah. Baju kurung pun nak taknak je aku pakai,
lagi nak bagi bunga. Aku ni rockers tahu.