Tuesday 10 July 2012

Selamat Tinggal Bekas Kekasih~

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca blog yang dikasihi sekalian? Ada sihat ka? Sorry, it have been two months tak story kat blog an. Busy la. Ni pun baru lepas habis program tau. Baru je sampai rumah. Orang lain dah kerja, dah dapat gaji, aku baru laaa tergedik2 nak balik. Haih tapi takpe, untuk UMT yang tersayang aku sanggup melakukan apa2 saja, untuk dia hei untuk dia. Cehh nyanyi pulak dahhh -.-

Harini seperti biasa aku nak membebel pasal cinta. Eh tak tak. Korang jangan salah paham. Bukan aku taknak cerita pasal benda lain tapi cerita2 mcm ni la yang korang suka baca. Alah ngaku jelaa. Kalau tak takkan la korang bukak entry ni kan kan kan. Haha, perasan nak mampus. Yek la, gua kene tarik readers gua. Dulu aku famous la jugak *femes ke*. Tu zaman kegemilangan blog lama " Based On The Truth ". Tapi dah jadi arwah dah blog tu, followers pun dah ade, readers pun ada. Ni nak mula balik kenalah kasi entry tips2 cinta sikit. Ye dak?

Kali ni punya entry, aku nak kupas ceh kupas terus pasal bekas kekasih atau dalam bahasa inggerisnye EX.  Mesti korang pelik an tengok tajuk entry. Dah nama pun bekas kekasih, memang patut pun bye. Berdasarkan pengalaman, eh bukan nak meroyan, peringatan bersama untuk korang dgn diri aku sendiri. Wei tipu kalau kau cakap kau senang nak lupakan orang yang pernah kau sayang. Alah aku sendiri sampai sekarang belum boleh lupa, nak cakap ape? Ehem. Sila print screen ayat ni.

Pernah dengar quote ni, "time heals everything". Yes, aku pasti. Masa akan mengubati segalanya. Normal la, aku sendiri baru break up dalam 3 4 bulan mcmtu. Haa ni aku nak share sikit apa aku buat untuk lupakan. Sedikit sebanyak agak membantu, cuma aku ni je yang je yang keras kepala asyik teringat je. Eh korang ingat aku dok huhahuha tu aku happy ke wei? Dalam hati tak sape tahu, ecewahhh.

Baiklah, mohla kite ke tips terpilih.

1. Baca doa 

Doa ni aku baca masa malam aku break up. Cemana nak ckp ek. Terus terang, masa malam aku break up tu aku tak nangis langsung. Biase perempuan ni masa memula break up tu meroyan macam mati anak. Padahal break up ngan balak je pun. Tapi aku nak ckp dengan korang, baca doa ni dengan ikhlas, dengan tenang. Kalau kau dah dok meracau macam kene sampuk hantu tu memang tak dapat ah nak tenang. InsyaAllah bila kau bangun esok paginya pasti kau akan rasa senang sangat hati kau. Yakin pada Allah ok? :)

2. Buang segala-galanya
Okay ni part paling penting. Sila delete segala text, gambar, missed call, received call, out call, message recipient. WAJIB DELETE. Tak payah nak gatal-gatal sangat baca semuanya. Dan WAJIB jugak delete number dia bagi mengelakkan korang 'tertekan' ye. Korang hafal ke tak hafal ke no dia tu lain cerita. Janji kau dah tak nampak bayang2 dia dari phone korang. Ada paham? Eh jangan lupa buang segala barang yang dia pernah bagi. Kalau tak pun, pulang balik. Kasi dia pulak teringat. Haha. Lagi satu, tolong jangan dengar lagu2 cinta, tgk movie2 cinta kau dgn dia. Buang jela. Takde apa pun. Kenangan pahit je tu.

3. Berhenti stalk
Ni pun penting jugak ni. Boleh dimaafkan kalau ternampak kat news feed Facebook. Ala biase la orang update kan. Aku nasihatkan jangan stalk dia lagi dah. Aku paham rasa sayang tu ada lagi. Ingat kata-kata ni ceh aku ni banyak pulak kata-katanya, "jangan ucap sayang kalau dah putus, jangan ucap putus kalau masih sayang". Please please please jangan tgk wall dia lagi. Kalau perlu unfriend kat FB atau unfollow kat Twitter korang buat lah. Kuatkan hati kuatkan semangat. Memang orang akan cakap eh childishnya main delete2 pulak, ah biar je orang nak kata ape. Yang paling penting tu step nak lupakan. Mula slow2. Then satu lagi tak payah nak like2 atau komen atau IM. Bikin teringat je.

4. Busykan diri
Buat satu senaman Tommy eh tak cari satu atau dua perkara yang boleh buat kau bz sesangat sampai takde masa nak ingat dia. As student, mesti bz dengan assignment bagai kan. Apa kata kali ni kau concentrate dengan study pulak. Ye, memang susah sebab selama ni kau selalu spend time masa kau dengan dia. Jangan sebab cinta, habis drag semua pelajaran kau. Fikir matang sikit sahabat2 sekalian. Alah aku yakin korang mesti dapat result yg baik lepas break up *asalkan tak break masa minggu exam, harhar*. Kalau korang rasa tak cukup dengan study, masuklah ape2 kelab. At least kat situ kau dah bz dengan program, kenal kawan baru. Sure takde masa dah ingat benda2 lain.

5. Be strong and happy
Tak dinafikan, memang susah nak jadi kuat. Selama ni kau dah terlalu biase dengan dia. Tu la, lain kali jangan sayang sangat. Sikit sikit dah. Simpan banyak sikit untuk diri kau. Jangan teringat, relaks, jangan meroyan. Ingat Allah. Balik semula kat Dia, minta kekuatan dari dia. Eh sesape nak doa boleh contact aku lepas ni. Hee. Aku dah jadi pembekal doa dah sekarang. Almaklumlah wanita bekerjaya. Kahkah. Okay, next untuk jadi kuat aku sarankan jangan cuba2 nak contact balik dia. Kang nanti lagi teruk weii. Jangan amek tahu pasal dia langsung. Nak jadi kawan boleh, tapi aku tak galakkan. Kenapa? Sila tanya di ruang komen.

6. Cari yang baru
Ha yang ni aku 50-50 sikit. Aku tak pasti la korang setuju ke tak. Tapi pada aku ni pun okay. Kalau kau dah ade orang lain, mesti yang lama korang akan lupa. Percayalah~~ Tapi memang takes time wei. Masa tu la korang akan bandingkan yang baru ni dengan yang lama. Yang baru ni tak tu la, tak ni la. Normal. Sangat normal. Bukak hati tu untuk terima orang lain pulak. Bukan terus couple, tak aku tak ajar mcm tu eh. I mean, berkawan lah dengan orang lain. Kenal lah dengan seberapa ramai manusia. Dari situ kau akan mula sedikit demi sedikit lupakan apa yang lepas.


Secara konklusinya, memang usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi menjayakan situasi ni ceh ayat skema pulak ni. Dah lah tok sah teringat lagi. Games will be played, hearts will be broken, tears will fall, and people will change. But life will always go on. One of the simplest ways to stay happy is to let go of the things that make you sad. Apa-apa pun please jangan ingat orang yang tak sepatutnya. Chill and be strong. Have some faith. Allah tu sentiasa bersama ;)

Eh ni dah boleh buat persuasive speech dah. Haha ok aku rasa cukup sampai sini. Kalau nak tanya pape silalah lihat di sebelah kanan anda tak pun tanya je kat twitter aku https://twitter.com/AienNea. Chaw dulu weh!

0 comments:

Post a Comment